♟️ PERTANDINGAN CATUR - KELAB CATUR SEMERDU♟️
8 OGOS 2026 - SABTU
9:00am - 1:00pm
Kantin SEMERDU
Kelab Catur SEMERDU telah menganjurkan Pertandingan Catur antara Ahli Kelab, merupakan salah satu inisiatif anjuran PIBG dan KSIB SEMERDU bagi memberi peluang kepada murid untuk mempelajari dan mengasah bakat dalam permainan catur.
Pertandingan yang julung kali diadakan ini melibatkan seramai 17 orang peserta. Walaupun baru dua bulan ditubuhkan, semangat dan kesungguhan yang ditunjukkan sepanjang pertandingan amat membanggakan. Tahniah diucapkan.????????♟️
Tidak lupa juga ucapan terima kasih kepada ibu bapa yang sentiasa memberikan sokongan kepada anak-anak.
Setinggi-tinggi penghargaan turut diberikan kepada para jurulatih atas bimbingan dan tunjuk ajar, serta PIBG dan KSIB SEMERDU atas penganjuran pertandingan sebagai salah satu bentuk penilaian dan pengukuran pencapaian murid selepas mengikuti kelas catur yang telah diadakan.
Semoga usaha ini menjadi langkah awal untuk melahirkan lebih ramai pemain catur muda dari SEMERDU. ????????????????
#KelabCaturSEMERDU
#KejohananCatur
#PIBGSEMERDU
#KSIBSEMERDU
#semerduthebest
#semerduno1
#SKMerlimauDua