LAWATAN RILEKSASI MINDA TAHUN 5 KE KUALA LUMPUR ????✨
6 OGOS 2026 - KHAMIS
Alhamdulillah, Lawatan Rileksasi Minda Tahun 5 ke Kuala Lumpur telah berlangsung dengan lancar dan penuh bermakna. Lawatan ini disertai oleh 39 orang murid dan 5 orang guru.
Sepanjang lawatan, murid berpeluang meneroka ilmu dan pengalaman baharu di Pusat Sains Negara, menikmati keindahan serta suasana kota dengan menaiki Bas Hop On Hop Off menelusuri Kuala Lumpur, dan mengenali keunikan seni serta warisan tempatan di Pusat Kraf Kuala Lumpur.
Semoga lawatan ini menjadi pengalaman yang menyeronokkan, menenangkan minda serta meninggalkan kenangan indah buat semua murid dan guru yang terlibat.
#rileksasi
#tahun5
#kualalumpur
#semerduthebest
#semerduno1
#SKMerlimauDua