Majlis Sepetang SEMERDU Bersama Komuniti
2 Februari 2026 - Isnin
Majlis yang julung kali diadakan ini adalah inisiatif PIBG SEMERDU bagi mengeratkan kerjasama dan jalinan antara sekolah dan komuniti setempat. Selain daripada itu, ia juga bertujuan untuk:
✅Membina hubungan baik antara sekolah dan komuniti.
✅Mendapatkan sokongan dan kerjasama komuniti dalam pelbagai bidang.
✅Membincangkan isu-isu yang berkaitan dengan sekolah dan komuniti.
Ketua/Wakil Komuniti yang hadir:
1. En. Idris bin Hj. Ibrahim - Sidang Merlimau Utara
2. Cik Latifah binti Muad Hashim - Pengerusi JPKK Merlimau Utara
3. SJN Mohd Farid bin Nayan - wakil PPS,Balai Polis Merlimau
4. En. Mohamad Azrie bin Jolly - Pengerusi KRT Taman Merlimau Permai
5. En. Ts. Ariffuddin bin Ibrahim - Pengerusi KRT Taman Muhibbah
6. En. Norhafiz bin Haron - Pengerusi Masjid Asy Syujaah
7. Pn. Hamidah Abdul - wakil JAPERUN Merlimau
8. Pn. Intan Nadiah binti Jamil - KRT Taman Harmoni
Terima kasih diucapkan buat semua yang sudi hadir dan sama-sama berkongsi idea demi kemenjadian anak-anak SEMERDU. ????
#sepetang
#komuniti
#sekolah
#semerduthebest
#semerduno1
#SKMerlimauDua