Sesi Perkongsian bersama
Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains
Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam
Yang Berbahagia Datuk P.Geol Zamri bin Ramli
21 Dis 2025 - Ahad
????Barisan Pentadbir dan sebahagian AJK Guru PIBG SEMERDU telah dijemput oleh Datuk Zamri bin Ramli yang juga merupakan Ahli Alumni SEMERDU untuk berkunjung ke kediaman ibu YB Datuk di Kg Madani KKBU.
????Kunjungan kami turut disambut oleh Ahli Alumni SEMERDU yang lain iaitu Tok Sidang Merlimau Utara, En Idris bin Hj. Ibrahim dan Pengerusi JPKK Merlimau Utara, Cik Latipah binti Muad Hashim.
????YB Datuk juga telah berkongsi pelbagai informasi dan menyuntik semangat untuk terus memajukan sekolah. Kunjungan kami tidak pulang dengan tangan kosong apabila YB Datuk sudi menyerahkan 80 set produk R&D dari JMG's Mineral Research berbentuk set kosmetik yang dihasilkan dari bahan mineral. Produk yang diberi nama RadiantCal Glowing Confidence juga telah mendapat pengiktirafan Antarabangsa iaitu Gold Medalist di Geneva Inventions.
Terima kasih YB Datuk Zamri Ramli atas jemputan dan sesi perkongsian demi kemenjadian anak-anak SEMERDU. ????????
#Terimakasih
#sharingknowledge
#semerduthebest
#semerduno1
#SKMerlimauDua