• Main
  • News

Assalammualaikum Wbt & Salam Sejahtera.



Assalammualaikum wbt & Salam Sejahtera.

Semua GPK, YDP PIBG, NYDP PIBG, Guru-guru, AJK PIBG, ibu bapa/penjaga, murid-murid, warga SEMERDU & tuan puan sekalian.

Untuk makluman, sekolah akan mula bercuti Penggal Akhir bagi sesi akademik 2025/2026 mulai 20/12/2025 (Sabtu) sehingga 11/1/2026 (Ahad).

Sehubungan itu, Sesi Persekolahan Tahun 2026 akan bermula pada 12/1/2026 (Isnin).

Selamat bercuti buat guru-guru & anak-anak SEMERDU. Manfaatkan cuti sekolah anak-anak dengan berkualiti bersama keluarga serta perkara-perkara yang berfaedah. Jaga kesihatan & keselamatan diri ya.

Buat anak-anak Tahun 6, Cikgu ucapkan selamat menjalani alam sekolah menengah & alam remaja. Cikgu doakan agar semua murid berjaya dalam apa jua bidang yg diceburi nanti. Tuntutlah ilmu, binalah kemahiran kendiri bagi menggilap potensi diri dalam mendepani dunia anak-anak pada masa akan datang. Gunakan segala ilmu yg diperoleh utk kebaikan diri sendiri, keluarga, agama, bangsa & negara. Sentiasa hormati ibu bapa, guru-guru & org yg lebih tua dan jaga diri, kesihatan & keselamatan. Mohon maaf atas segala kekurangan semasa anak-anak menuntut ilmu di SeMerDu ya. Selamat berjaya dunia & akhirat in shaa Allah. Semoga berjumpa di lain masa andai ada umur & diizinkan olehNya ????..

Untuk makluman:
1. Pendaftaran & Jualan buku Thn 1:
6 Jan 2026 (Selasa)
2. Mesyuarat Pengurusan Sesi 2026:
7 Jan 2026 (Rabu)
3. Jualan buku Tahun 2 - 6 & PPKI:
8 Jan 2026 (Khamis)

Cikgu Azmeer bin Muhtar
_Guru Besar_

#cutisekolahbermula
#selamatbercuti
#semerduthebest
#semerduno1
#SKMerlimauDua