
28 Jun 2025
Syukur alhamdulillah...
Setinggi-tinggi tahniah, syabas dan terbaik diucapkan kepada barisan murid berbakat daripada kumpulan Seri Gemalai Tari, yang juga merupakan ahli Pandu Puteri SK Merlimau Dua, atas persembahan cemerlang mereka di Kediaman Rasmi Ketua Menteri Melaka, Seri Bendahara, sempena Mesyuarat Agung Tahunan BISTARI 2025.
???? Senarai Murid Terlibat ????
1. Faikah Maizarrah binti Amran
2. Siti Nur Fatihah binti Mohamad Nizam
3. Ariyanna Arissa Sofia binti Ariffuddin
4. Nur Arinah Fathiah binti Mohd Fairuz
5. Afiqah Adani binti Gadaffi
6. Eva Jaslin Qistina binti Mahathir
7. Nur Fatini Imanina binti Md Najib
8. Nur Fatini Amanina binti Md Najib
Anak-anak ini telah diberi peluang dan kepercayaan untuk mengiringi ketibaan tetamu kehormat serta mempersembahkan tarian pembukaan majlis dengan penuh bergaya dan keyakinan. ????????????
Setinggi penghargaan kepada:
???? Cik Dahlia selaku koreografer
???? Barisan artis tari
???? Barisan pentadbir dan guru-guru terlibat
???? Guru-guru Pandu Puteri
???? Ibu bapa yang sentiasa menyokong dan membantu dalam menjayakan program ini.
Terima kasih atas segala usaha dan komitmen yang tidak ternilai. Semoga seni terus menyatu dalam jiwa anak-anak kita!
#SeniUntukSemua
#SeriGemalaiTariSemerdu
#SemerduTheBest
#SemerduNoOne