
Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah Tahun 2024
11 Oktober 2024-Jumaat
Tentatif Majlis:
🌕 Berkumpul di padang mengikut rumah sukan
🌕 Perarakan bermula diiringi dengan selawat ke atas Nabi.
🌕 Bacaan Surah Yaasin
🌕 Ceramah Maulidur Rasul disampaikan oleh Ustaz Murad bin Ahmat, Penolong Pengarah Bahagian Dakwah, JAIM.
🌕 Penyampaian hadiah sepanduk terbaik.
Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini berjalan lancar dan penuh meriah dengan adanya pertandingan sepanduk terbaik dan juga ceramah oleh Ustaz Murad bin Ahmat. Tahniah rumah Laksamana dinobatkan sebagai Johan Sepanduk Terbaik. Terima kasih juga kepada barisan pentadbir,guru-guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab, guru-guru, anak-anak murid serta ibu bapa yang turut hadir bersama-sama memeriahkan Sambutan Maulidur Rasul pada tahun ini.
Salam Maulidur Rasul 2024M/1446H
'Al-Falah Pemacu Malaysia Madani'
#semerduthebest
#semerduno1
#Misisihatyakult3.0
#SKMerlimauDua