
Seramai 76 orang peserta telah menyertai Perkhemahan Unit Beruniform selama 3 hari 2 malam bertempat di Kompleks MSN Saujana Asahan dari 22 sehingga 24 November 2024.
Pelbagai aktiviti telah dijalankan seperti sesi ice-breaking, senamrobik, trekking sejauh 3 km dan The Amazing Race yang telah dikendalikan oleh barisan fasilitator dari Terrex Outdoor Recreation Center. Acara yang ditunggu-tunggu pastinya adalah Persembahan Malam Kebudayaan yang telah berlangsung pada malam penutup perkhemahan.
Tahniah diucapkan kepada Unit Kokurikulum yang diterajui oleh Pn. Sazilah binti Sa'adun selaku GPK Kokurikulum atas kejayaan penganjuran Perkhemahan Unit Beruniform pada kali ini. Jutaan terima kasih buat semua warga SEMERDU yang terlibat dan telah memberikan komitmen yang tinggi dalam menjaga kebajikan dan keselamatan peserta sepanjang perkhemahan berlangsung.
Semoga perkhemahan ini dapat membantu meningkatkan potensi dan keyakinan diri serta meninggalkan memori berharga buat semua peserta.
Untuk melihat lebih banyak gambar dan video sepanjang perkhemahan boleh ke pautan berikut:
https://t.me/+ABWDTqPO12ZkNTA1
#semerduthebest
#semerduno1
#SKMerlimauDua